Benefit Cosmetics The POREfessional Pearl Face Primer Review


Benefit Cosmetic  menambah ahli baru dari siri The POREfessional Face Primer yang mampu memberikan kesan pencerahan dan pori-pori kurang kelihatan. 

Assalamualaikum, korang !! Baru-baru ini aku sendiri berpeluang untuk mencuba produk ini. AND entah lah... Nak tahu kenapa ?? Korang kena lah baca... 😆

First Impression
Packaging lebih kurang sama dengan original The POREfessional Face Primer cuma lain warna which is the new one in pink and the original in blue. Still nampak cantik dan tak terlalu sarat. Dari segi bau, produk ini mempunyai slightly fruity floral scent. Dari segi konsistensi pula krimnya agak pekat dan terasa sedikit berminyak.


Kebenarannya

Krim ini ada kilauan kecil. Maybe datang dari pearl itu sendiri.. Kesan pencerahannya memang bagus kerana tidak terlampau ketara dan mampu mengelakkan wajah kelihatan kusam. Nampak lebih natural .

Dari segi penutupan liang pori, kesan lebih kurang sama sahaja dengan original punya. Plus matte finish tetapi selepas beberapa jam kulit produk ini seakan-akan oxidize dan nampak lebih luminous.. Untuk pendapat aku, aku bukanlah fan of this product sebab aku mempunyai oily skin. Aku prefers the original POREfessional Primer. To me, produk ini sesuai untuk normal to dry skin while the original one suit for normal to oily skin.
 
Bagi aku original punya lebih baik dalam menutup liang pori and controlling shine. Terutamanya bahagian t-zone. Litupannya yang bagus sesuai untuk digunakan alone without any makeup on it than usual primer. 

PROS
  • soft matte finish
  • kulit kelihatan lebih cerah
  • meminimumkan rupa pori-pori
  • wajah kelihatan bercahaya matte
  • lightweight
  • sesuai dengan kebanyakan warna kulit
CONS
  • tidak sesuai untuk normal to oily skin
  • creamier daripada versi asal (disadvantage untuk oily skin)
  • mempunyai fragrance
  • kadar dimethicone yang tinggi digunakan ( lagi tinggi lagi flawless, tetapi tidak bagus untuk acne-prone skin)
  • harga yang mahal (but then the POREfessional fan masih setuju dengan kesan yang kebabom !)
Overall
Aku akan pilih versi original daripada versi pearl. Ia tidak memberikan kesan shining throughout the day. Produk ini memang bagus. Korang sendiri perlu cuba untuk tahu bagaimana produk ini react dengan kulit korang. Jika korang lebih suka radiance matte finish and brightening and this is perfect for you. In the end of the day, korang sendiri yang perlu decide apa yang patut korang pilih. Maybe someone yang ada budget tertentu dan korang perlu berjimat, banyak lagi primer lain yang lebih murah yang boleh dijadikan alternatif. Btw, korang boleh dapatkan primer ini di Sephora Malaysia pada harga MYR 65 dan MYR 165 bagi 7.5 ml dan 22 ml. Korang boleh cuba saiz kecil dulu sebelum beli saiz 22 ml. Aku x sure yang Sephora ada sample untuk primer ini atau tak, kalau ada korang boleh minta sample di kaunter sephora yang berhampiran. Samplenya bersaiz 3.0 ml.

Much love.❤



Comments

Popular Posts