Atasi Tona Kulit tidak Sekata

"Tona kulit tidak sekata memang memang memalukan. Kulit kelihatan kusam dan tampak lebih tua dari usia sebenar."

Asalamualaikum, korang! Tona tidak sekata ini memang bencana besar kalau tidak diambil langkah dari awal, lol. Apapun, mari kenal pasti masalah ini dengan lebih lanjut.

Apa itu Tona Kulit Tidak Sekata ?
Hiperpigmentasi disebabkan kegelapan tona kulit tidak sekata pada seluruh permukaan kulit. Melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab keatas warna kulit dan rambut dihasilkan secara berlebihan. Tompok yang terhasil mampu menyebabkan wajah nampak sehingga 12 tahun lebih tua dari usia sebenar.

Apa punca berlakunya masalah ini ?
  • Terdedah kepada cahaya matahari
  • Pencemaran
  • Hormon
  • Hyperpigmentation-post inflammation- parut 
Bagaimana hendak mendapatkan tona kulit yang sekata ?
Korang tak perlu nak buat rawatan laser bagai.. Pastikan korang jaga rutin penjagaan kulit korang dengan betul.

  • Gunakan SPF setiap hari.
Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari merupakan punca utama berlakunya hiperpimentasi. Pastikan korang apply sunblock sebelum keluar. Pilih sunlock atau sunscreen yang mempunyai broad spectrum SPF. Jika tidak, pastikan korang pilih physical sunblock/sunscreen atau korang check ingredient yang mempunyai Oleosome yang mampu meningkatkan prestasi SPF.
  • Pengelupasan
Rawat kulit korang dengan exfoliate satu hingga dua kali seminggu. Cara ini membantu korang untuk membuang sel kulit mati dan merangsang penghasilan kulit baru. Kaedah ini juga memudahkan segala essence, ampoule dan moisturizer meresap dengan lebih baik. Cari skrub yang menggunakan beads halus terutamanya jika korang mempunyai kulit sensitif dan acne-prone. 
  • Membersih dan melembap


Pastikan korang membersih dan melembapkan wajah korang, sentiasa. Ini supaya pori-pori tidak tersumbat dari kotoran dan sebum. Kelembapan adalah kunci bagi kulit yang sihat. Langkah ini mampu mengurangkan hiperpigmentasi dari masa ke masa.

  • Amalkan pemakanan yang sihat
Selain mengamalkan diet gluten-free, pastikan pengambilan sayur dan buah-buahan tidak boleh diabaikan. Sayur dan buah mempunyai vitamin dan mineral berbanding makanan yang lain. Vitamin dan mineral yang mencukupi mampu membaiki kulit dari dalam. Pastinya kulit kelihatan lebih glow dan tona kulit lebih sekata. Pengambilan air turut penting ye !! Kulit yang terhidrasi adalah kunci kulit tampak lebih muda dan dewy.
  • Vitamin C
Banyakkan pengambilan vitamin C. Pengambilan vitamin C melalui suplement lebih mudah kerana nilainya yang tinggi. Suplement vitamin C perlu mempunyai sunstain release atau bioflavanoid supaya kadar resapan vitamin C ke dalam tubuh lebih tinggi. Gunakan serum yang mengandungi vitamin C amat membantu untuk mencerahkan tona kulit dengan sekata.

  • Sabar
Sabar adalah kunci dalam setiap perkara yang korang lakukan. Masalah hiperpigmentasi mengambil masa lebih kurang empat minggu untuk melihat perubahan yang berlaku pada kulit korang. Masalah ini dapat diatasi sepenuhnya dalam masa empat bulan . 

Overall
Masalah ini sememangnya boleh diatasi tanpa bantuan laser dan sebgainya. Jika masalah ini terus berlarutan, korang perlu berjumpa dengan dermatogist untuk mendapat nasihat dan bantuan. Sunscreen atau sunblock memang tidak boleh diabaikan, alert !! So korang perlu banyak bersabar ketika healing process dan tidak melakukan separuh jalan sahaja. Please ini demi kesihatan kulit korang juga. Fighting !!!
Much love ❤

Comments

Popular Posts