Perbezaan Antara Toner, Essence, Serum dan Ampoule.

Assalamualaikum, korang !! Kali ini, aku nak bincang pasal toner, essence, serum dan ampoule. Sejak kebelakangan ini, dunia kecantikan didominasi oleh Kbeauty, dimana mungkin ada produk yang  aku sendiri pon tak tahu fungsinya. Rutin Korean 10-step skincare yang famous dan viral dengan banyak menggunakan produk perawatan wajah seperti toner, essence, serum dan ampoule yang memainkan peranan penting dalam rejimen penjagaan wajah. So apakah perbezaan cecair-cecair ini ?  ^^

TONER


Selepas double cleansing, toner ialah step ketiga dalam Kbeauty routine. pH ranges yang terbaik untuk kulit ialah 5.5 tetapi pH ini akan terganggu sebaik sahaja menggunakan face cleanser. Oleh itu, untuk mengembalikan pH wajah pengunaan toner amatlah digalakkan. Jika kita membiarkan wajah dalam keadaan pH yang tidak sesuai, bakteria mudah tersebar kerana tiada perlindungan oleh sebum. Selain itu, toner mampu mampu membersihkan saki baki makeup yang tertinggal. Jika American toner lebih mengeringkan and harsh to skin, actually korean toners dapat menenangkan kulit dan kickstart hydration. Toner sangat popular di Korea sehinggakan ada beberapa hacks seperti 7 Skin Method dan Toner Wash Method yang mampu memberikan kesan glass skin. Korean toners juga selalunya mempunyai antioksida, agen penenang dan penghidratan.

ESSENCE

Essence ialah jantung kepada kbeauty routine, cecair berkuasa ini memberikan ransangan utama dalam pelembapan. Proper hydration dapat memberikan glow effect kepada wajah dari dalam. Tambahan pula, skin barrier yang sihat dan terhidrat dapat mengelakkan kulit dari mengalami iritasi. Kebanyakkan essence mengandungi antioksidan dan mineral yang mampu menyuburkan kulit. Toner dan essence merupakan langkah persiapan (prep steps).

SERUM

Serum antara produk yang lebih dikenali dan familiar. Serum cenderung mempunyai kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi bagi menyelesaikan sesuatu masalah kulit. Serum dapat merawat masalah kulit seperti dark spots, kedutan dan kekusaman.

AMPOULE

Ampoule dianggap sebagai serum yang lebih tinggi kepekatan, seperti booster shot. Ampoule mengandungi kepekatan bahan aktif yang sangat tinggi dan digunakan dalam masa yang singkat. Sebab itu, bekas ampoule selalunya lebih kecil.

So korang dah dapat kenal dan bezakan fungsi setiap produk. Kan ? Harap dapat membantu korang dalam mencari jalan penyelesaian bagi masalah kulit korang. >_<
Much love 💖

Comments

Popular Posts